Nilai bersih pelaburan Temasek capai rekod
$266 bilion sehingga 31 Mac lalu berbanding $223 bilion setahun lalu
Jul 08, 2015 | 05:30 AM
NILAI portfolio pelaburan bersih firma pelaburan pemerintah, Temasek Holdings, mencapai paras rekod dalam tahun kewangan lalu yang disifatkan sebagai "paling sibuk" sejak krisis kewangan sejagat.
Pelaburan bersihnya mencapai $266 bilion sehingga 31 Mac tahun ini, berbanding $223 bilion setahun lalu.