Nilai harta individu dewasa Singapura antara tertinggi di dunia
Nov 24, 2016 | 05:30 AM
WALAUPUN pertumbuhan ekonomi Singapura semakin perlahan, nilai harta setiap individu dewasa di sini kekal antara yang paling tinggi di dunia.
Jumlah harta setiap individu dewasa di sini meningkat 1.4 peratus mencapai AS$277,000 ($395,159) tahun ini, menurut satu tinjauan Institut Kajian Credit Suisse.