Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Nilai industri kewangan Islam sejagat dijangka capai AS$2 trilion

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Nilai industri kewangan Islam sejagat dijangka capai AS$2 trilion

FADILAH A. MAJID
Jan 07, 2014 | 04:30 PM

INDUSTRI kewangan Islam sejagat diramal tumbuh lebih pantas tahun ini dengan jumlah urus niaga akan mencecah AS$2 trilion ($3.2 trilion), menurut seorang pakar industri kewangan Islam dalam laporan terbaru "Prospek Industri Kewangan Islam 2014."

Tahun lalu, industri kewangan Islam sejagat mencecah AS$1.6 trilion, kata Encik Muhammad Zubair Mughal, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perbankan dan Ekonomi Islam Al-Huda, dalam analisisnya bagi trend industri kewangan Islam tahun ini.

Menurutnya, pertumbuhan kewangan Islam itu akan didorong sebahagian besar oleh sektor perbankan Islam, yang dijangka menyumbang 78 peratus, dikuti dengan sukuk, takaful, dana Islam dan pembiayaan mikro Islam.

Encik Zubair berkata, dalam 2014 Dubai dan London akan bersaing untuk menjadi hab kewangan dan perbankan Islam, dengan Kuala Lumpur juga akan bersaing sama.

Yang menarik, beliau meramalkan India dan China turut memulakan langkah ke arah kewangan Islam tahun ini, dengan 200 juta penduduk Islam mula mencari pelaburan berasaskan syariah.

Laporan lanjut di Ekoniaga esok.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3