NILAI ringgit Malaysia dijangka bertambah kukuh dalam masa beberapa minggu mendatang selepas ia mencapai tahap yang stabil.
Ringgit Malaysia bernilai RM3.211 berbanding sedolar Amerika semalam.
Berbanding sedolar Singapura, ringgit Malaysia mencapai RM2.562.
Tinjauan ke atas beberapa pengurup wang menunjukkan mereka menawarkan kadar tukaran sekitar RM2.57 hingga RM2.58 bagi setiap dolar Singapura.
Semasa dihubungi, Ketua Kajian Forex Pasaran Sejagat di Maybank, Encik Saktiandi Supaat menerangkan ringgit Malaysia agak stabil tetapi ia dijangka menjadi lebih kukuh kerana sudah terdapat tekanan untuk berlaku demikian.