Nissan diberi izin beli perkongsian 34% dalam Mitsubishi
Feb 07, 2017 | 05:30 AM
SURUHANJAYA Persaingan Singapura (CCS) memberikan kebenaran kepada syarikat Nissan Motor membeli perkongsian 34 peratus dalam syarikat pesaing, Mitsubishi Motors, menurut kenyataan CCS, semalam.
Nissan membeli perkongsian tersebut dengan harga ¥237 bilion ($2.97 bilion) pada Oktober tahun lalu bagi membantu Mitsubihi Motors pulih daripada satu skandal penipuan.