Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sektor elektronik saji peluang kerja baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sektor elektronik saji peluang kerja baik

Sep 20, 2017 | 05:30 AM



SEKTOR perkilangan elektronik menyajikan peluang pekerjaan yang baik di tengah-tengah pembangunan teknologi yang pesat dan permintaan pengguna untuk alat yang bertambah, kata Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), Encik Patrick Tay.



Dalam tulisan di akaun Facebooknya, Encik Tay yang juga pengarah jabatan pekerjaan masa depan, kemahiran dan latihan (FJST) menjelaskan bahawa sektor perkilangan elektronik menggajikan 68,000 pekerja.



"Menerusi pelan perubahan dalam Perancangan Perubahan Industri, Singapura bermatlamat memanfaatkan statusnya sebagai hab elektronik bertaraf dunia untuk membawa sektor ini ke tahap lebih tinggi.



"Sedang perniagaan menerima dan memanfaatkan teknologi perkilangan lanjutan, kilang-kilang bijak akan memerlukan jurutera dan teknisyen berkemahiran yang mempunyai pengetahuan tentang teknologi maju."



Menurut Encik Tay, terdapat pekerjaan tertentu yang diperlukan dalam sektor itu, termasuk jurutera berbilang disiplin, jawatan dalam bidang penyelidikan dan pengembangan (R&D) serta jawatan rekaan litar bersepadu.



Pekerjaan-pekerjaan itu akan memerlukan bakat yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi kecerdikan buatan, data besar, celik digital dan Internet of Things.



"Dalam landskap yang pesat berubah, pekerja kita harus dapat menyesuaikan diri, mempunyai minat dalam teknologi maju dan terus belajar.



"Rangka kerja kemahiran yang mendatang akan membolehkan pekerja membuat pilihan bijak untuk belajar, latihan dan kerjaya dalam sektor elektronik," ujarnya.



Encik Tay menarik perhatian bahawa pada masa depan, sektor elektronik akan terus berdepan dengan cabaran berkitar dan berstruktur.



"Adalah penting rakan-rakan tiga pihak bekerjasama bagi memastikan golongan pekerja dalam sektor ini kekal berkebolehan, lincah dan mudah membuat penyesuaian diri agar dapat terus aktif, digajikan dan boleh diambil bekerja," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >