Seiring dengan perubahan masa, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melalui banyak perubahan sejak dibentuk pada 1956. Keperluan dan demografik peniaga Melayu/Islam yang berbeza memerlukan badan induk niaga untuk berubah. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) menyusur sejarah pembentukan DPPMS hingga perubahan pucuk pimpinan DPPMS hari ini.
SEMASA Dewan Perniagaan Melayu Singapura (DPMS) dibentuk pada 1956, ia diasaskan oleh 15 peniaga Melayu termasuk Presiden Singapura pertama, Allahyarham Yusof Ishak, bagi memajukan masyarakat peniaga Melayu/Islam di Singapura.