OPTUS, syarikat telefon bimbit kedua terbesar Australia, merancang memberhentikan 480 pekerja dalam usahanya menyusun semula divisyen pengguna dan perusahaan serta mencapai pertumbuhan mapan.
Unit di bawah Singtel itu telah memaklumkan kepada pekerjanya kelmarin, dengan ada yang mungkin ditawarkan jawatan lain dalam syarikat, menurut seorang pegawai Singtel yang tidak mahu dikenal pasti sebagaimana dilaporkan agensi berita.