Pakar turunkan ramalan ekonomi kepada 0.6%: Tinjauan MAS
Lebih rendah daripada 2.1% yang diramal Jun lalu; kebanyakan sektor akan terjejas
Sep 05, 2019 | 05:30 AM
PAKAR ekonomi telah menurunkan ramalan mereka bagi pertumbuhan ekonomi Singapura dengan banyaknya tahun ini, kepada 0.6 peratus berbanding 2.1 peratus pada Jun lalu.
Demikian menurut tinjauan pengamat profesional terkini oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dikeluarkan semalam.