SYARIKAT Melayu mengalu-alukan perjanjian strategik menyeluruh antara Singapura dengan Australia kerana ia dijangka mengurangkan hambatan dagangan dan kos bagi peniaga setempat menembusi pasaran Australia.
Di sebalik pasaran yang matang di negara kanggaru itu, beberapa syarikat yang berminat menembusi pasaran itu berkata Australia menawarkan peluang baik kerana prasarana seperti teknologi canggih dan kuasa membeli yang tinggi.