Pandemik percepat langkah wujudkan platform dalam talian, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja3

Peruncit Kg Glam TEROKA DUNIA DIGITAL agar tidak terus tenggelam

Pandemik percepat langkah wujudkan platform dalam talian

Jun 15, 2020 | 05:30 AM

DALAM setiap cabaran, pasti ada peluang dan peluang itu perlu direbut dengan pantas agar tidak ketinggalan, terutama dalam dunia pendigitalan yang pesat berkembang ini.

Kalau sebelum ini syarikat Al-Amal Creations mempunyai hasrat mewujudkan platform penjualan dalam talian sendiri tetapi tidak berkesempatan, dengan pandemik Covid-19 ini, kata pengurus syarikat itu, Encik Gulam Bawany, secara tidak langsung ia mempercepat proses tersebut.

"Ada hikmah juga di sebalik pandemik Covid-19. Penghasilan laman web yang sebelum ini hanya satu hasrat kini direalisasikan dengan lebih pantas demi mempermudah pelanggan, tidak kira dari dalam atau luar negeri untuk terus berbelanja dengan kami," ujarnya.

Syarikat yang terletak di sekitar Kampong Glam itu kini dalam proses mempersiap laman web mereka.

Namun, sementara itu, ia sudah mula menjual produknya, yang kebanyakan berunsur Islam seperti kaftan, sejadah, minyak atar dan barangan umrah serta haji, menerusi kaedah Facebook Live.

Sejak dua minggu lalu, sambutan kepada Facebook Live yang adakalanya boleh memakan masa hampir empat jam amat menggalakkan.

"Kemerosotan pelancong, terutama dari Indonesia dan penutupan kedai, memang menjejas perniagaan kami. Sekurang-kurangnya dengan Facebook Live ini, ada juga kami dapat penjualan daripada tiada langsung," kata Encik Gulam.

Beliau turut menyambut baik usaha One Kampong Glam yang menggalak pendigitalan.

Malah, beliau sendiri, yang sudah mencecah usia 60 tahun, sanggup menyesuaikan diri dengan menghadiri kursus berkaitan pemasaran digital agar dapat melengkapi diri dengan kemahiran baru.

Namun, beliau berkata kemungkinan pihaknya mengurangkan jumlah kedai fizikal untuk menjimatkan kos sewa.

Syarikat itu mempunyai tiga cawangan - dua di Arab Street dan satu di Wisma Geylang Serai.

"Pemilik hartanah juga perlu memainkan peranan membantu kami golongan peruncit kerana bagaimana kami dapat melangsaikan kos sewa kalau penjualan berkurangan?" ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map