Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:55
Isyak
8:08
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Ekonomi & Kerja0

DEMI KECANTIKAN, KESEJAHTERAAN WANITA

PANDUAN penjagaan kulit asas

Mar 17, 2020 | 05:30 AM

KULIT anda sentiasa berubah kerana pelbagai faktor.

Faktor seperti perubahan hormon, iklim, melancong, gaya hidup dan penuaan boleh menjejas perkara seperti kadar penukaran sel kulit, kelembapan dan pengeluaran sebum.

Maka itu, kebiasaan penjagaan kulit harus fleksibel, disesuaikan dengan keadaan kulit anda, menurut laporan oleh majalah Shape.

Anda tidak perlu berbelanja terlalu banyak atau membeli banyak produk untuk mewujudkan kebiasaan penjagaan kulit asas yang fleksibel.

Kuncinya adalah memiliki asas kebiasaan yang terdiri daripada empat atau lima produk, dan belajar bagaimana menggunakan produk mana yang bersesuaian waktu dan keperluan.

Berikut adalah produk standard yang boleh anda sertakan dalam senarai produk asas:

  • pembersih kulit
  • pelindung cahaya matahari (sunscreen) untuk siang hari
  • serum antioksidan
  • rawatan antipenuaan waktu malam
  • pelembap asas
  • gosokan (scrub) mingguan, bergantung pada sejauh mana sensitifnya kulit dan berapa kerap menggunakan serum

BILAKAH PERLU UBAH KEBIASAAN PENJAGAAN KULIT ASAS?

1. Jika anda di luar sepanjang hari

"Gandakan penggunaan serum antioksidan, gunakan pagi dan malam," kata Cik Renée Rouleau, pakar estetik di Austin dan pengasas rangkaian penjagaan kulit.

"Bekalan antioksidan kulit anda mungkin terhakis apabila anda di luar sepanjang hari, jadi gunakan sekali pada malam dan kekal dilindungi."

2. Jika kulit merasa sensitif

"Jika kulit anda kelihatan kering dan merah, kurangkan produk antipenuaan yang boleh menyebabkan kerengsaan ini," kata pakar dermatologi, Encik Joshua Zeichner.

"Kerengsaan kronik adalah tanda yang fungsi adangan kulit anda terganggu, menyebabkan kelembapan kulit merembes keluar dan bahan merengsakan meresap masuk," kata Cik Rouleau.

Tambahnya, mengurangkan formula yang aktif dan boleh menyebabkan kerengsaan dan menggunakan pelembap tidak aktif yang akan menyokong kulit.

3. Jika anda bersenam pada waktu pagi

Walaupun anda tidak biasa mencuci muka pada waktu pagi, bersihkannya selepas senaman pagi hari bagi mengurangkan pori-pori tersumbat dengan bakteria yang boleh berkembang dalam minyak atau peluh.

Kemudian cuci lagi selepas tidur.

"Memang penting mencuci segala kekotoran yang terkumpul sepanjang hari.

"Ini memastikan wajah anda dalam keadaan bersih apabila menggunakan produk pada waktu malam,"kata pakar dermatologi, Dr Shereene Idriss.

BILAKAH PERLU MENAMBAH RAWATAN BARU DALAM KEBIASAAN PENJAGAAN KULIT ASAS?

1. Jika anda banyak bergerak atau melancong ke negara lain

"Perjalanan menerusi udara, khususnya dari timur ke barat boleh meninggal kesan besar ke atas kulit," kata pakar dermatologi yang juga anggota Shape Brain Trust, Encik Neal Schultz.

Putaran waktu yang berbeza boleh memberi tekanan ke atas sistem anda dan mengakibatkan jerawat dan kulit kering.

Rawatan sesuai adalah dengan meningkatkan gosokan yang lembut di rumah sebelum dan selepas penerbangan anda. Dengan menghapuskan sel kulit mati akan mengurangkan risiko pori-pori tersumbat dan membolehkan bahan melembapkan meresap dengan lebih baik.

2. Jika jerawat anda keluar semasa haid

"Ramai pesakit saya memiliki kulit lebih berminyak dan berjerawat semasa haid.

"Jadi, menukar jenis pembersih kulit yang digunakan, daripada yang berdasarkan losyen kepada sesuatu yang berdasarkan gel, boleh meninggalkan perubahan pada kulit anda semasa kitaran haid," kata Dr Idriss.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian