PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah menubuhkan sebuah panel antarabangsa untuk menasihatkannya tentang strategi bagi merangsang daya ketahanan siber sektor kewangan Singapura.
Panel Penasihat Keselamatan Siber (CSAP) terdiri daripada ketua pemikir keselamatan siber daripada merata dunia, menurut satu kenyataan media MAS semalam.