Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Paras terendah COE jadi tarikan pembeli kereta baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Paras terendah COE jadi tarikan pembeli kereta baru

Jul 07, 2018 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) susut ke paras terendah sejak hampir sedekad lalu, mendorong permintaan bagi mereka yang ingin membeli kereta baru.



Bilik pameran kereta penuh dengan orang ramai manakala lebih banyak panggilan telefon diterima dari orang ramai yang ingin membeli kereta, kata wakil penjualan dan dealer kereta.



"Bilangan pelanggan yang mengunjungi bilik pameran kami meningkat berganda dari hari-hari biasa. Kami juga sibuk melayan pelanggan yang membuat panggilan telefon. Kebanyakan mereka memiliki kereta yang hampir tamat tempoh COE dan sedang menimbangkan membeli kereta baru atau melanjutkan COE mereka,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Doktor Kereta, Cik Aisyah Amirah Abdul Rahman.



Selepas kejatuhan harga COE, kereta Hyundai Elantra dijual pada harga $70,999 dari $76,999, kata beliau. Ia juga tidak dikenakan bayaran tambahan di bawah Skim Pengeluaran pencemaran Kenderaan (VES) yang dikenakan berdasarkan jumlah pencemaran gas dikeluarkan kenderaan itu.



Di bilik pameran Honda di Kah Motors, bilangan pelanggan yang melanggani bilik pameran sejak dibuka semalam meningkat sekitar 20-25 peratus dari hari biasa, kata seorang penjual yang enggan dinamakan.



Di bilik pameran Hyundai, potongan harga sebanyak $5,000 diberikan bagi kereta kecil di bawah kategori A hingga Ahad ini. Bagi kereta kategori B, harga dikurangkan $3,000.



Kelmarin, premium COE kereta hingga 1,600cc dan 130bhp mencatat kemerosotan terbesar, dengan kemerosotan sebanyak 26.7 peratus mencapai $25,000 bagi kategori A. Bagi kategori B, COE kereta 1,600cc ke atas atau 130bhp pula ditutup 8.6 peratus lebih rendah kepada $31,000.



Harga COE Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, susut 9.9 peratus kepada $31,001.



Ketiga-tiga premium itu berada di paras terendah sejak Mac 2010.



Encik Mohamed Taifoor Mohamed dari Mohamed Taifoor Motoring berharap harga COE dalam kategori B boleh merosot lagi bagi beberapa bulan mendatang, sekali gus membuat pembelian kereta lebih menarik setelah mengambil kira VES.



Sejak Ahad lalu, VES dilaksanakan yang boleh memberikan rebat cukai atau mengenakan bayaran tambahan berdasarkan jumlah pencemaran gas dikeluarkan kenderaan itu. Sebelum ini, VES tidak dikenakan bagi kereta baru.



Beberapa model yang sebelum ini layak mendapat rebat cukai, kini dikenakan cukai tambahan terutama kereta yang dibawa masuk pengimport selari.



Misalnya, Toyota Prius Alpha sebelum ini mendapat rebat $10,000 tetapi kini dikenakan cukai $20,000.



Lebih banyak kereta termasuk kereta hibrid juga boleh dikenakan cukai tambahan sehingga $20,000.



"Cukai akibat peraturan baru itu boleh meningkat $10,000 hingga $20,000 walaupun premium COE turun $3,000.



"Jadi, harga kereta masih naik $7,000. Nasihat saya agar mereka selidik dulu dan bertanya penjual kereta dan jangan terburu-buru membuat komitmen membeli kereta," kata Encik Taifoor.



Di sebalik kemerosotan harga COE, pemilik Doktor Kereta, Encik Ismail Yusof, berkata ada kalangan pembeli yang masih kurang berkemampuan mengeluarkan wang pendahuluan 30 peratus atau 40 peratus bergantung kepada harga nilai pasaran terbuka (OMV) bagi membeli kereta baru.



"Disebabkan soal kemampuan, lebih ramai dalam kalangan masyarakat Melayu akan memperbaharui semula COE lagi lima tahun atau membeli kereta terpakai yang akan tamat tempoh satu hingga tiga tahun lagi.



"Mereka memperbaharui COE lagi lima tahun dan membayar sekitar $8,000 dan membayar bayaran ansuran bulanan sebanyak $400 berbanding $800 jika membeli kereta baru," tambah Encik Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >