PASAR Geylang Serai yang baru dinaik taraf dibuka semula sebulan lalu, menyediakan pengunjung dan juga pegerai dengan 'wajah' yang lebih ceria dan suasana yang selesa, bersih lagi luas.
Tembok yang dicat semula, tandas yang diubah suai, kipas besar yang dipasang, serta suasana yang diterangi lebih banyak lampu merupakan antara kerja pembaikan yang dijalankan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) selama dua bulan sejak pasar itu ditutup pada 19 September lalu.