Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pasaran rumah privet dijangka terus rancak, didorong 'en bloc'

Apr 01, 2018 | 05:30 AM



SENTIMEN positif pembelian rumah privet tahun lalu kekal hingga ke tahun ini, dan permintaan itu dijangka terus rancak didorong penjualan en bloc, kata ketua penyelidikan agensi hartanah Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck.



Meskipun tiada pelancaran besar-besaran dalam dua bulan pertama 2018, pemaju hartanah telah menjual 899 unit, naik lebih seganda berbanding unit yang dilancarkan daripada projek-projek lebih awal sebelum itu.



"Pemaju hartanah, yang penuh dengan kecairan (liquidity), masih yakin dengan pemulihan pasaran hartanah.



"Selera mereka terhadap tapak en bloc yang baik belum lagi dipuaskan," ujar Encik Lee kepada Berita Harian/Berita Minggu.



Secara keseluruhan, nilai penjualan kolektif mencapai $8.7 bilion untuk tahun lalu.



Dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja, penjualan kolektif sudah mencecah $6 bilion, dan dijangka memecah rekod tahun lalu.



Kegiatan en bloc berpotensi mendorong permintaan bagi rumah privet, kata Encik Lee.



"Proses en bloc telah mewujudkan ribuan jutawan dan pada masa sama, menyebabkan ramai yang perlu keluar dari rumah mereka.



"Mereka yang keluar dari rumah mereka ini akan mencari satu tempat untuk tinggal, dan mungkin satu lagi (rumah) untuk mengumpul kekayaan," ujar Encik Lee.



Penyelidikan Huttons menunjukkan lebih 6,000 pemilik akan keluar dari rumah mereka.



Kata Encik Lee, jika setiap pemilik ini membeli dua hartanah perumahan, ini akan menterjemahkan kepada permintaan lebih 12,000 unit perumahan dalam satu hingga dua tahun akan datang.



Encik Lee akan memberi perincian lebih lanjut tentang hala tuju pasaran hartanah Singapura dalam satu seminar khas anjuran Berita Harian (BH) dan Huttons Asia.



Seminar BH-Huttons 'Menjana Kekayaan Menerusi Hartanah' itu akan diadakan pada Ahad, 15 April, di Teater The Festive Arts, Our Tampines Hub (OTH).



Peserta seminar itu akan berpeluang mencungkil pengalaman pelabur hartanah Encik Azmi Zainal, yang memiliki empat rumah privet pada usia 40 tahun.



Seperti ramai rakyat Singapura yang lain, pengurus serantau itu pada mulanya memiliki flat lima bilik HDB yang pertama di Punggol, dan kemudian melabur sedikit demi sedikit sehingga berjaya memiliki empat rumah privet.



"Saya berharap seminar itu dapat meluaskan perspektif masyarakat tentang pelaburan, lebih daripada simpanan sahaja, untuk mengembangkan simpanan mereka menerusi pelaburan.



"Kita perlu meraih pengetahuan dalam pasaran hartanah, mendapat tahu hala tujunya, agar kita tidak terlepas peluang lagi," ujar Encik Azmi, yang kini berusia 44 tahun.



Menurutnya, ramai yang terlepas peluang dengan berdiri dan melihat sahaja sedang harga hartanah meningkat dengan pantas beberapa tahun lalu.



Seorang lagi penceramah seminar itu ialah pengasas Institut Safinah, Ustaz Tarmizi Wahid, yang akan mengupas topik perancangan harta dari perspektif Islam.



"Terdapat galakan di dalam agama berkaitan perancangan, sama ada dari segi perancangan kehidupan, mahupun secara umumnya, dari segi simpanan atau harta warisan selepas kematian," ujar Ustaz Tarmizi.



Antara soalan yang bakal dihuraikan: adakah prinsip-prinsip tertentu yang harus diketahui oleh seorang Muslim dalam bidang menjana dan membina kekayaan? Adakah orang Islam harus berpuas hati dengan kelebihan yang sedia ada?



Mereka yang berminat menyertai seminar tersebut boleh mendaftarkan diri di http://huttonsgroup.com/events/.



Tiket berharga $15 bagi setiap peserta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >