EKONIAGA: KESAN KEMELUT BREXIT
Paun boleh merosot lebih 20% jika Britain keluar EU
Jutawan George Soros ramal ramai penduduk Britain boleh jadi lebih miskin
Jun 22, 2016 | 05:30 AM
NEW YORK: Pelabur jutawan, Encik George Soros, berkata mata wang paun Britain boleh merosot lebih 20 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat sekiranya pengundi Britain memutuskan keluar dari Kesatuan Eropah (EU), penurunan lebih besar dan lebih merosakkan berbanding apabila beliau meraih keuntungan apabila membuat taruhan terhadap mata wang itu pada 1992.
"Brexit akan menjadikan beberapa orang sangat kaya, tetapi kebanyakan pengundi akan menjadi lebih miskin," kata Encik Soros yang menulis dalam akhbar Guardian, Britain, semalam.