Pekerja nikmati kenaikan gaji 4.2% tahun lalu
Ia lebih tinggi daripada kenaikan 3.2 peratus pada 2017, didorong pemulihan ekonomi dan pasaran buruh
May 30, 2019 | 05:30 AM
LEBIH ramai pekerja menikmati kenaikan gaji tahun lalu sejajar dengan pemulihan ekonomi dan pasaran buruh.
Jumlah gaji sebenar meningkat 4.2 peratus, lebih tinggi daripada kenaikan 3.2 peratus pada 2017 selepas mengambil kira inflasi.