Pekerja swasta mungkin dapat bonus 1-2 bulan walau niaga lembap
Dec 24, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT sektor privet tetap merancang memberi bonus satu hingga dua bulan, di tengah-tengah ketegangan dagangan dan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan, kata pakar sumber manusia.
Ini sejajar dengan atau lebih rendah daripada tahun-tahun lalu meskipun sektor seperti kewangan, insurans, hartanah, jagaan kesihatan, peralatan pengangkutan dan teknologi maklumat mungkin menyaksikan bonus lebih tinggi daripada kadar purata.