Pekerjaan sektor kewangan naik tahun lalu

JUMLAH pekerjaan dalam sektor kewangan meningkat sebanyak 2,800 tahun lalu, meskipun sektor itu melalui pertumbuhan perlahan, 0.7 peratus berbanding 5.7 peratus pada 2015, menurut laporan tahunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dikeluarkan minggu lalu.

Pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon, menarik perhatian dengan usaha pendigitalan dan automasi lebih rancak, banyak institusi kewangan global mengurangkan pekerja dan menyusun semula operasi khususnya untuk fungsi di belakang tabir seperti operasi, teknologi maklumat dan sokongan teknikal.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan