EKONIAGA
Pelaburan syarikat perbankan tanah berlandaskan syariah
Walton International Group dapat pengesahan daripada Perunding Cara Penasihat Syariah Kewangan di bawah Pergas Investment
Apr 16, 2016 | 05:30 AM
PERUNDING Cara Penasihat Syariah Kewangan (Fsac) di bawah Pergas Investment Holdings (PIH) telah memberi pengesahan produk pelaburan syarikat perbankan tanah, Walton International Group, sebagai produk berlandaskan syariah.
Ini setelah Lembaga Cendekiawan Syariah PIH, sebuah cabang komersial di bawah Pergas, meneliti keseluruhan aspek perniagaan itu dalam masa setahun.