SEBUAH Perancangan Perubahan Industri (ITM) bagi merombak sektor kejuruteraan jitu Singapura dan membangunkan lebih banyak kilang 'bijak' telah membantu melaksanakan 10 projek sejak ITM itu dilancarkan Oktober lalu.
Tiga daripada projek itu dilaksanakan oleh syarikat berbilang negara (MNC), tiga oleh syarikat setempat yang besar dan empat oleh syarikat kecil dan sederhana (SME), menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan), Encik S. Iswaran, semalam.