PENIAGA kereta menjangkakan tempoh sibuk ekoran meningkatnya pertanyaan daripada pelanggan sejak pengumuman Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan peraturan pinjaman kereta.
Had pinjaman bagi kereta baru dan terpakai kini dinaikkan kepada 70 peratus berbanding 60 peratus daripada harga kereta, manakala tempoh pinjaman dilanjutkan kepada tujuh tahun berbanding lima tahun sebelum ini.