Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pelbagai wadah, program pastikan peniaga kekal, aktif di DPPMS

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS TERUS KEMBANG SAYAP

Pelbagai wadah, program pastikan peniaga kekal, aktif di DPPMS

Jan 06, 2019 | 05:30 AM



JUMLAH anggota Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melonjak sebanyak 42 peratus kepada 690 pada tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.



Ini adalah hasil daripada usaha giat mendekati masyarakat peniaga sepanjang tahun.



Menjelaskan lebih lanjut tentang pertambahan itu semasa dihubungi, Presiden DPPMS, Encik Shamir Abdul Rahim, berkata:



"DPPMS berhubungan dengan anggota secara kerap menerusi pelbagai program dan wadah, termasuk program setempat dan antarabangsa, inisiatif pemasaran dan acara utama.



"Sasaran kami bagi tahun lalu sebenarnya adalah mencapai 600 anggota. Meskipun menjangkaui sasaran, kami perlu terus bekerja keras demi memastikan anggota kekalkan keanggotaan serta pelibatan lebih mapan dalam program kami.



"Ini adalah bidang yang kami akan terus berusaha keras bagi memperbaikinya."



Sebilangan besar - atau 25 peratus - anggota dewan kekal daripada industri makanan dan minuman (F&B) di kalangan 12 kelompok industri anggota.



Ini disusuli oleh perniagaan dalam bidang runcit dan dagangan, yang membentuk 20 peratus.



Menurut DPPMS, satu trend menarik di kalangan anggota ialah lebih banyak perniagaan dalam sektor konsultasi dan perkhidmatan menyertai dewan.



14 peratus anggotanya kini dalam sektor tersebut.



"DPPMS berbesar hati memiliki semakin ramai anggota daripada pelbagai bidang dan kami ghairah bekerjasama dengan para anggota serta menolong mereka mengembangkan perniagaan mereka dalam sekitaran perniagaan yang mencabar," jelas DPPMS dalam satu kenyataan.



Mengenai kegiatan sepanjang tahun lalu, dewan berkata sebanyak 74 syarikat telah menyertai misi dagang dianjurkan dengan sokongan Enterprise Singapore, yang meliputi pasaran seperti Filipina dan Myanmar.



"Misi ini memberi peluang kepada peniaga bertemu pemegang saham utama yang dapat nasihatkan mereka tentang hal penting yang perlu diketahui seperti peraturan dan undang-undang," terang DPPMS.



Tahun lalu turut menyaksikan kemunculan semula beberapa acara dan program utamanya, di samping acara baru bagi meningkatkan peluang menjalin rangkaian.



Ini termasuk penganjuran 'Konvensyen DPPMS 2018' buat julung-julung kalinya, yang diadakan sejajar dengan Mesyuarat Agung Tahunannya.



Konvensyen yang dihadiri 180 peserta itu adalah antara usaha mempersiapkan masyarakat peniaga menghadapi ekonomi masa depan.



Dewan juga memperkenalkan program pembangunan keupayaan utama - Program Level Up - bermatlamat membina keupayaan anggota menerusi sesi praktikal dan bersandarkan pada tema produktiviti, penjenamaan dan inovasi.



Program selama lima bulan itu akan diperluaskan lagi pada tahun ini, tambah dewan.



Salah satu tumpuan dewan pada tahun lalu termasuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pihak penting dalam sektor awam.



Ini termasuk Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Workforce Singapore (WSG) di samping pemain industri seperti Starhub.



"DPPMS akan terus memupuk kerjasama pada 2019, mewujudkan sistem eko yang bertenaga di antara awam dan privet demi manfaat anggota, bagi memudahkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran dan memupuk ketersambungan lebih tinggi," tambah DPPMS.




"DPPMS berhubungan dengan anggota secara kerap menerusi pelbagai program dan wadah, termasuk program setempat dan antarabangsa, inisiatif pemasaran dan acara utama. Sasaran kami bagi tahun lalu sebenarnya adalah mencapai 600 anggota. Meskipun menjangkaui sasaran, kami perlu terus bekerja keras demi memastikan anggota kekalkan keanggotaan serta pelibatan lebih mapan dalam program kami. Ini adalah bidang yang kami akan terus berusaha keras bagi memperbaikinya."
- Presiden DPPMS, Encik Shamir Abdul Rahim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >