Peluang masuk pasaran Myanmar kini terbuka luas
Syarikat setempat disaran ambil peluang ekonomi yang kian berkembang
May 20, 2016 | 05:30 AM
MYANMAR telah melaksanakan pembaharuan secara progresif dan membuka peluang kepada syarikat setempat memasuki pasaran di negara itu.
Menyedari potensi yang ada di Myanmar, Pengerusi Centre for Social Entrepreneurship and Management Studies (CSEMS) Pte Ltd, Dr Yusra Anas, seorang warga Singapura, dengan berbekalkan pengalaman pendidikannya menyediakan program Sarjana di Yangon.