Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Peluang pekerjaan lebih condong ke sektor IT/Telekom

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peluang pekerjaan lebih condong ke sektor IT/Telekom

Mar 29, 2017 | 02:03 PM



SINGAPURA merekodkan peningkatan dalam pengambilan pekerja secara dalam talian bagi Februari tahun ini, dengan republik ini mencatat pertumbuhan 3 peratus tahun-ke-tahun secara keseluruhannya bagi pengambilan pekerja secara 'online'.



Ini menurut Indeks Pengambilan Pekerja Singapura (MEI) yang terbaharu, yang didedahkan oleh syarikat yang menawarkan huraian bagi pengambilan pekerja secara dalam talian, Monster.com, yang berpangkalan di Amerika.



Indeks ini mengukur aktiviti tawaran pekerjaan yang dilakukan secara 'online' dan dikumpulkan secara bulanan oleh Indeks ini merekodkan jenis perusahaan dan pekerjaan yang menunjukkan tingkat pertumbuhan tertinggi dan terendah bagi pengambilan pekerja tempatan.



Jika dilihat, sektor IT, Telekom/ISP, Proses Penyumberan Perniagaan serta Penyediaan Perkhidmatan menerusi Teknologi Maklumat (BPO/ITES), mencatat pertumbuhan dua angka bagi lima bulan berturut-turut, dengan catatan 19 peratus tahun-ke-tahun.



Sektor ini memaparkan pertumbuhan baik sebanyak lapan peratusan mata; berbanding 11 peratus pada 11 Januari lalu.



Ia merupakan pertumbuhan paling tinggi dicatatkan merentasi kesemua sektor di Singapura untuk Februari lalu.





Di pihak lain pula, sektor Runcit/Dagang dan Logistik melaporkan penurunan -3 peratus tahun-ke-tahun - satu penurunan menjunam merentasi semua sektor yang dipantau Indeks Monster.



Melihat kepada kumpulan pekerjaan secara khusus pula, bakat atau tenaga pekerja bagi Sofwe, Hadwe dan Telecom mencatat pertumbuhan paling baik, yakni 35 peratus tahun-ke-tahun.



Pengambilan pekerja bagi bidang Perakaunan dan Kewangan menjunam -5 peratus tahun-ke-tahun, menjadikannya kumpulan pekerjaan yang paling teruk terjejas.



Indeks Pengambilan Pekerja Singapura ini memantau jutaan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai laman kerjaya dan senarai peluang pekerjaan yang ada di Internet di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >