Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Peluang pengguna Carousell dapat baucar diskaun Gojek

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Peluang pengguna Carousell dapat baucar diskaun Gojek

Jan 25, 2019 | 05:30 AM

PENGGUNA Carousell yang baru menggunakan khidmat Gojek berpeluang mendapatkan hingga $13 baucar khidmat kereta.

Ini selepas syarikat khidmat kereta itu mengumumkan kerjasama dengan wadah pemasaran Carousell dalam satu kenyataan semalam.

Mulai semalam, pengguna Carousell yang memuat turun aplikasi Gojek dengan menekan iklan Gojek di aplikasi atau laman Carousell akan menerima baucar khidmat kereta tambahan selain 2 baucar diskaun bernilai $5 yang ditawarkan kepada semua pengguna baru Gojek.

Ketua Pengangkutan Sedunia Gojek, Encik Raditya Wibowo berkata:

"Di Gojek, kami ingin bekerjasama dengan jenama tempatan yang mempunyai misi yang selaras dengan kami, iaitu untuk mempertingkat mutu kehidupan harian bagi semua pengguna.

"Sebagai pasaran pengguna ke pengguna utama di Singapura, Carousell memudahkan proses bagi pengguna yang ingin menukar barangan dan khidmat.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Carousell untuk membangun bersama-sama dengan rakan kongsi yang memang begitu inovatif."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3