Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pemerintah longgarkan langkah penyejukan pasaran hartanah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pemerintah longgarkan langkah penyejukan pasaran hartanah

Mar 10, 2017 | 12:33 PM



PEMERINTAH melonggarkan beberapa langkah penyejukan hartanah, dengan peraturan baru ini berkuat kuasa mulai 11 Mac.



Sekarang, duti setem penjual (SSD) perlu dibayar oleh mereka yang menjual hartanah kediaman dalam tempoh empat tahun, pada kadar antara 4 peratus dan 16 peratus nilai hartanah itu.



Di bawah perubahan tersebut, tempoh pegangan SDD dipendekkan kepada tiga tahun, dari empat tahun.



Kadar SSD pula diturunkan sebanyak empat peratusan mata bagi setiap peringkat.



Kadar baru SSD ialah daripada 4 peratus (bagi rumah yang dijual pada tahun ketiga) hingga 12 peratus (bagi yang dijual dalam tahun pertama).



Rangka kerja Nisbah Bayaran Pinjaman Hutang (TDSR) pula tidak lagi terpakai bagi pinjaman ekuiti gadai janji yang dikeluarkan (iaitu pinjaman yang bercagarkan pemilikan peminjam dalam sesebuah hartanah kediaman) yang mempunyai nisbah pinjaman kepada nilai sebanyak 50 peratus dan lebih rendah.



 TDSR bertujuan menggalak pinjaman berhemat oleh keluarga.
Di bawah TDSR, pinjaman hartanah yang dikeluarkan oleh bank tidak boleh melebihi 60 peratus pinjaman keseluruhan peminjam.



Ini bermakna jumlah obligasi pinjaman seseorang peminjam tidak boleh melebihi 60 peratus pendapatan kasar bulanannya.

Di bawah perubahan itu, had 60 peratus TDSR tidak lagi terpakai dalam kes peminjam menggunakan nilai hartanah mereka sebagai cagaran untuk mendapatkan lebih banyak wang tunai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >