Pemerintah undang maklum balas awam
Jul 07, 2015 | 05:30 AM
TIGA kementerian di sini mengundang orang awam agar menyertai dan memberikan pandangan awam mengenai Rangka Tindakan bagi Masyarakat Asean (2016-2025) mulai Isnin ini.
Tiga kementerian tersebut adalah Kementerian Ehwal Luar, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.