Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pemilik buku tak duduk diam, pastikan produk kekal relevan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Pemilik buku tak duduk diam, pastikan produk kekal relevan

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



BERMULA sebagai sebuah kedai buku komik dalam bahasa Cina sejak 1935, syarikat penerbitan buku setempat, Shing Lee Publishers telah berkembang untuk mengedarkan buku teks ke 40 negara termasuk negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Afrika.



Untuk memastikan syarikat itu kekal relevan dalam dunia teknologi maklumat (IT), ia juga telah membangunkan bahan pendidikan digital bagi menyokong guru-guru dalam pengajaran mereka serta menyokong pembelajaran para pelajar.



Di sebalik pencapaiannya itu, Shing Lee tidak 'duduk diam' tetapi masih terus aktif menghadiri pameran dagangan luar negara bagi memasarkan produknya dan meningkatkan jaringan luar negara.



Diasaskan oleh Encik Peh Boon Poh yang memulakan kedai menjual komik Cina di Chin Swee Road, syarikat itu kini diuruskan oleh generasi ketiga iaitu cucu beliau Encik Peh Shing Woei, yang kini merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat.



Syarikat itu banyak menerbitkan buku-buku teks dan buku-buku tambahan bagi sekolah peringkat rendah dan menengah.



Memandangkan mutu pembelajaran Singapura yang tinggi terutama dalam Matematik, syarikat itu mendapati permintaan bagi mengeksport buku-buku teks Singapura ke luar negara cukup tinggi.



Syarikat itu mendapat pengedar di luar negara untuk menjual buku-buku teks itu atau bekerjasama dengan syarikat luar negara bagi mengeluarkan buku teks sesuai dengan keperluan negara itu.



"Kebanyakan yang mendapatkan buku dari kami merupakan sekolah- sekolah antarabangsa luar negara termasuklah negara-negara seperti Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan. Negara-negara seperti Norway dan Britain juga membeli buku dari kami. Ia menunjukkan betapa mutu pelajaran di Singapura di pandang tinggi di mata dunia dan ia dibuktikan kerana para pelajar kita sering muncul di tempat pertama bagi penilaian matematik dan sains dalam ujian Penilaian Antarabangsa (Pisa),'' kata Encik Peh.



Shing Lee sering menyertai pameran dagangan antarabangsa seperti Bett Show di London, yang merupakan pameran dagangan teknologi pendidikan terbesar di dunia.



Menyertai pameran seperti itu membolehkan syarikat itu memasarkan produk mereka dalam pasaran antarabangsa serta mengetahui perkembangan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan.



Syarikat itu juga memanfaatkan Program Kegiatan Pemasaran Antarabangsa (iMap) kendalian Enterprise Singapore, yang menyokong syarikat setempat yang menyertai misi dagangan dan pameran dagangan luar negara anjuran dewan perniagaan dan persatuan dagangan setempat (TAC).



Syarikat yang menyertai kegiatan diluluskan iMap boleh mendapat pembiayaan sebanyak 50 hingga 70 peratus daripada perbelanjaan yang layak, bergantung di mana acara itu diadakan.



Encik Peh, yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Penerbit Buku Singapura (SPBA), yang menjadi penganjur utama dalam menyelaraskan Pavilion Singapura di Bett Show, berkata setiap syarikat dikenakan bayaran sekitar $21,000 bagi kos menyewa dan membangunkan gerai pameran dan iMAP membantu mengimbangi sekitar 65 peratus dari kos itu.



"Dari penyertaan kami di Bett Show dan juga pameran dagangan lain, kami dapat menjual dan melesenkan produk cetak dan digital kami ke lebih 40 negara di dunia. Produk kami juga disediakan dalam pelbagai bahasa seperti Sepanyol dan Italy,'' katanya, yang berharap untuk meningkatkan pendapatan penjualan sekurang-kurangnya tiga kali ganda dari penjualannya ketika ini.



Di Asean, syarikat itu juga telah mengeksport produknya ke Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.



Sementara itu, syarikat itu sedang bekerjasama dengan Enterprise Singapore untuk membuka pejabat di Florida, Amerika Syarikat selewat-lewatnya Jun ini.



Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri https://ie.enterprisesg.gov.sg/IMAP.



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >