LAPORAN KHAS EKONOMI: Kolaborasi bantu syarikat besarkan skala niaga

Pemilik Crave kongsi pengalaman jalin kerjasama

USAHA BH DEKATI SME

Dengan sumber dan tenaga yang terhad, sebuah syarikat kecil menghadapi cabaran untuk berkembang (scale-up) untuk menjadi lebih besar lebih-lebih lagi dalam sekitaran niaga yang sengit. Namun, apabila syarikat itu berkolaborasi dengan syarikat lain, impian yang sebelum ini satu angan-angan menjadi kenyataan. Dalam laporan khas ini, BERITA HARIAN menampilkan dua syarikat Melayu/Islam, Asyura Pte Ltd dan gerai nasi lemak Selera Rasa di Adam Road yang dapat menjadi lebih besar hasil kerjasama dengan syarikat lain.

TIDAK dapat dinafikan bahawa nasi lemak merupakan santapan kegemaran rakyat Singapura.