Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pencarum CPF buat tokokan $1.6 bilion

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pencarum CPF buat tokokan $1.6 bilion

Nov 29, 2019 | 05:30 AM



PENCARUM Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mengambil langkah aktif dalam rancangan persaraan mereka dengan membuat tokokan kepada akaun CPF mereka dan ahli keluarga mereka.



Dalam 10 bulan pertama tahun ini, jumlah tokokan di bawah Skim Tokokan Jumlah Persaraan (RSTU) hampir $1.6 bilion.



Ini lebih tinggi berbanding jumlah tokokan $1.5 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.



Pada 2015, jumlah tokokan ialah $934 juta dan ini meningkat ke $2 bilion tahun lalu.



Tokokan ini, yang terdiri daripada tokokan tunai dan pemindahan CPF, membantu membangunkan simpanan persaraan pencarum.



Dengan baki CPF yang lebih tinggi, pencarum akan menerima pembayaran lebih tinggi dalam tahuntahun persaraan mereka.



Lebih ramai pencarum juga dapat mencapai sekurang-kurangnya Jumlah Persaraan Asas (BRS) dalam akaun CPF mereka disebabkan oleh tokokan yang diterima.



Dalam tempoh tiga tahun lalu, hampir 24,000 pencarum mencapai sekurang-kurangnya BRS mereka selepas menerima tokokan kepada CPF mereka.



Pencarum CPF juga membuat lebih banyak tokokan kepada ahli keluarga mereka untuk membantu mengembangkan simpanan persaraan.



Antara Januari dengan Oktober lalu, lebih $330 juta tokokan telah dibuat kepada akaun CPF ahli keluarga seperti pasangan, ibu bapa dan datuk nenek, di bawah RSTU.



Ini adalah peningkatan $15 juta dalam jumlah tokokan untuk ahli keluarga berbanding tempoh sama tahun lalu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >