Pendapatan diedar kepada pemegang unit SPH Reit kekal 1.37 sen

 SPH Reit mengumumkan pendapatan bagi diedarkan kepada pemegang unitnya  sebanyak 1.37 sen seunit  untuk suku ketiga yang berakhir pada 31 Mei, tidak berubah dari setahun yang lalu.
Bagaimanapun  pendapatan  bersih pula merosot sebanyak 3.8 peratus dari setahun lalu kepada  $40.56 juta,  ujar  kenyataan Reit SPH hari ini.
Pendapatan ini menurun disebabkan oleh hasil yang lebih rendah daripada pusat beli belah Paragon dengan pendapatan kasar turun kepada 2.9 peratus kepada  $51.77 juta.
Paragon merekodkan pulangan  sewa negatif sebanyak 6.2 peratus hasil sewaan  baru dan diperbaharui dalam tempoh sembilan bulan pertama.
Clementi Mall pula  mencatatkan penyusunan sewa positif sebanyak 5.3 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama.
Bulan lalu, SPH Reit telah menyelesaikan pembelian The Rail Mall, satu kumpulan unit kedai di Bukit Upper Timah Road, dengan harga  $ 63.24 juta.
Sementara itu, ia turut memperkenalkan konsep membeli-belah baru di tingkat 3 Paragon di Orchard. 
"Konsep ini menawarkan reka bentuk kedai terbuka untuk interaksi lancar merentasi jenama, barangan dan pembeli, dan juga memperkenalkan konsep pemasaran baru ke pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan SPH Reit, Cik  Susan Leng.
Fasa pertama konsep baru ini dilancarkan pada bulan Jun dan apabila siap sepenuhnya pada  Disember ini, ia merangkumi sekitar  16,000 kaki persegi dengan lebih daripada 20 penyewa fesyen, gaya hidup dan F & B. 
Paragon juga mengalu-alukan kehadiran jenama MCM, kedai utama pertamanya di Asia Tenggara di aras  satu.
 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.