Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Pendapatan keluarga Singapura bertambah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Pendapatan keluarga Singapura bertambah

Sep 18, 2014 | 05:16 PM

PENDAPATAN keluarga di Singapura secara purata telah meningkat, dengan golongan berpendapatan rendah mencatatkan peningkatan terbesar, menurut Tinjauan Perbelanjaan Keluarga yang terbaru.

Pendapatan itu mencecah $10,503, berbanding $8,105 lima tahun lalu.

Ia merupakan kenaikan tahunan sebanyak 5.3 peratus dari segi dolar Singapura, mengatasi inflasi yang secara purata meningkat 3.1 peratus setahun.

Tinjauan itu dijalankan oleh Jabatan Statistik Singapura (DOS) berdasarkan perangkaan dikumpulkan dari 2012 hingga 2013 bagi rakyat dan penduduk tetap (PR) Singapura.

Golongan keluarga dalam kategori pendapatan paling bawah hingga ke pertengahan, mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 6.1 hingga 6.6 peratus setahun, lebih pantas dari pertumbuhan dalam kategori pendapatan lebih tinggi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3