SEMASA mengadakan majlis cukur rambut bagi anak sulungnya yang baru lahir lima tahun lalu, Cik Suhaila Mohd Sarip berasa amat berat hati menerima tetamu memasuki bilik untuk melihat bayi lelakinya, Mohd Syazwi Aqeel, yang diletakkan di dalam katil bayi.
Justeru, beliau terpaksa memindahkan katil atau kot si comel itu ke ruang tamu agar pengunjung dapat melihat bayinya dengan lebih dekat.