Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pengangguran berkurang tapi lebih ramai pekerja lebih tua menganggur

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengangguran berkurang tapi lebih ramai pekerja lebih tua menganggur

Jun 13, 2016 | 12:49 PM



PENGANGGURAN dalam kalangan warga dan penduduk Singapura berkurangan pada suku pertama tahun ini, menurut laporan buruh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada Isnin (13 Jun).



Bagaimanapun, pekerja lebih tua terus menjadi mangsa pengangguran, walaupun kurang penduduk lebih muda menyertai tenaga kerja.



Pertumbuhan pekerjaan, didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan, dan juga perlahan daripada suku lalu.



Walaupun pemberhentian kerja berkurangan daripada jumlah tinggi pada suku sebelumnya, bilangan pekerja yang dibuang masih tertinggi dalam sembarang suku pertama sepanjang tempoh tujuh tahun lalu.



Kadar pengangguran jatuh pada suku Januari hingga Mac lalu daripada 2.9 peratus kepada 2.7 peratus bagi penduduk, dan daripada 3 peratus kepada 2.6 peratus bagi warga Singapura.



Kadar pengangguran keseluruhan kekal tidak berubah pada 1.9 peratus sejak Disember lalu.



Dianggarkan 60,400 penduduk, termasuk 50,800 warga Singapura, menganggur pada Mac tahun ini. Ini lebih rendah daripada 64,600 penduduk dan 57,900 warga pada Disember lalu.



Lebih ramai penduduk berumur 30 dan lebih tua menganggur. Kadar pengangguran dalam kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas naik bagi suku keempat berturut-turut, daripada 1.8 peratus pada suku lalu kepada 2.2 peratus.



Peningkatan itu diimbangi oleh penurunan dalam kadar pengangguran penduduk lebih muda daripada 30 tahun. Ini disebabkan kadar penyertaan lebih rendah dalam tenaga buruh dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun.



Pertumbuhan pekerjaan berkurangan 13,000, daripada jumlah tinggi musiman 16,100 pada suku sebelumnya. Namun, ia masih lebih tinggi daripada penguncupan mendadak 6,100 pekerjaan dalam tempoh sama tahun lalu.



Selain itu, lebih sukar bagi penduduk menganggur mendapatkan pekerjaan lain.



Dalam kalangan penduduk yang kehilangan pekerjaan pada suku keempat Oktober hingga Disember tahun lepas, 46 peratus mendapati kerja lain menjelang Mac ini, berbanding 57 peratus pada tempoh sama tahun lalu. Ia peratusan suku tahunan paling rendah sejak Jun 2009.



Terdapat 50,000 pekerjaan kosong pada Mac, kurang 3,900 berbanding suku sebelumnya. Separuh daripadanya ialah bagi profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >