EKONOMI
Pengasas Sheng Siong Peniaga Terbaik
Anugerah Perniagaan Singapura dianjur bersama akhbar The Business Times dan syarikat logistik DHL Express Singapore
Apr 04, 2019 | 05:30 AM
EMPAT tahun lalu, pengasas dan Ketua Eksekutif Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee, menerima Anugerah Perusahaan bagi pihak pasar raya itu di Anugerah Perniagaan Singapura (SBA).
Baru-baru ini pula, ketua perniagaan itu diberi anugerah tertinggi SBA, Peniaga Terbaik, bagi visi hebat dan kepintaran perniagaannya itu dalam membina perusahaan itu daripada sebuah perniagaan satu kedai kepada rantaian pasar raya ketiga terbesar Singapura dengan 55 cawangan - dan semakin bertambah.