Pengasas syarikat Dyson beli kondo termahal di S'pura

PENGASAS syarikat pengeluar elektronik pengguna Britain, Dyson, Encik James Dyson, dan isterinya telah menjadi pemilik kondominium paling mahal di Singapura.

Laporan akhbar The Business Times (BT) semalam melaporkan bahawa pasangan itu telah membayar $73.8 juta bagi sebuah penthouse tiga tingkat di Wallich Residence, yang merupakan apartmen paling tinggi di Singapura, yang terletak di Tanjong Pagar.