PARA pengguna digalakkan agar memberikan maklum balas terhadap kelakonan para penasihat kewangan mereka di bawah satu syarat baru yang bertujuan menilai kelakonan para penasihat itu.
Dalam kenyataan bersama semalam, Persatuan Bank Singapura (ABS), Persatuan Insurans Hayat Singapura (LIA) dan Persatuan Penasihat Kewangan Singapura (Afas) berkata satu pendekatan baru dilaksanakan bagi mengambil kira faktor lain selain penjualan dalam menentukan gaji bagi ejen kewangan dan penyelia mereka.