Penglibatan India dalam RCEP perkukuh hubungan dengan Asean

Chee Hong Tat: Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau penting bagi keseimbangan kuasa rantau ini

PENGLIBATAN India dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan memperkukuh hubungan India-Asean yang penting bagi keseimbangan kuasa di rantau ini, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Chee Hong Tat, semalam.

Meskipun akur India masih ragu-ragu tentang perjanjian tersebut, Encik Chee berkata negara itu telah meraih manfaat daripada langkah membuka ekonominya sebelum ini dan masanya kini tepat bagi negara itu membuka lagi ekonominya dan bersepadu dengan ekonomi lain di rantau ini.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun