HANOI (Vietnam): Penarikan keluar syarikat Uber dari Asia Tenggara dijangka menyusun semula pasaran pengangkutan kereta penumpang di negara-negara termasuk Vietnam, meskipun pihak berkuasa tempatan berkata, Grab tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa ia tidak membentuk kuasa monopoli di Vietnam.
Grab, dalam suratnya kepada Kementerian Industri dan Perdagangan pada 5 April, menyatakan bahawa gabungan pasarannya dengan Uber di Vietnam kurang daripada 30 peratus.