Pengurangan bekalan minyak setuju dipantau

VIENNA: Negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) dan pengeluar minyak bukan Opec bersetuju memantau pematuhan mereka terhadap perjanjian pengurangan bekalan minyak yang bersejarah bulan lalu, meletakkan semula pasaran global di landasan betul selepas lebih dua tahun mengalami lebihan bekalan.

Negara berkenaan telah menyatakan persetujuan memotong bekalan minyak sebanyak 1.5 juta tong sehari, lebih daripada 80 peratus daripada sasaran kolektif mereka, sejak perjanjian itu berkuat kuasa pada 1 Januari lalu, kata Menteri Tenaga dan Industri Arab Saudi, Khalid Al-Falih kepada pemberita di sini.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan