SYARIKAT Melayu menyambut baik usaha pemerintah memberikan bantuan jangka pendek dalam menggajikan dan mengekalkan pekerja asing.
Kelmarin, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengumumkan ia akan menolong syarikat kecil dan sederhana (SME) yang sedang menjalani penyusunan semula dengan melonggarkan kuota dan nisbah pekerja asing di bawah Skim Pembangunan Perusahaan Langsing (Lean Enterprise Development).