JAUH di Cardiff di United Kingdom (UK), Encik Firuz Khan, warga Singapura, sibuk menguruskan perniagaan menghasilkan coklat.
Pemilik syarikat ChocolateXcellence, yang telah enam tahun menjalankan perniagaan di ibu kota Wales itu, kini meluaskan perniagaannya dengan mengeksport coklat ke Singapura, Malaysia dan Australia.