BILANGAN rumah privet baru yang dijual bulan lalu berkurangan lebih 33 peratus kepada 480 unit, berbanding 724 pada Februari, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.
Para pengamat berkata perangkaan itu, yang tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), mencerminkan sentimen pembeli yang lebih berhati-hati, di samping jumlah projek baru yang dilancar berkurang.