JUMLAH rumah privet yang dijual bulan lalu mencapai paras tertinggi sejak pelaksanaan nisbah pembayaran hutang keseluruhan (TDSR) pada akhir Jun tahun lalu.
Sebanyak 1,470 unit dijual pada Mei, satu peningkatan sebanyak 97.3 peratus berbanding 745 unit yang dijual pada April, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).