SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) Singapura yang selalu berdepan dengan cabaran atau takut menembusi pasaran halal global akan mendapat rangsangan dengan adanya hab halal di sini kelak.
Ini kerana menurut penasihat projek Hab Halal Singapura, Encik Zainul Abidin Rasheed, kehadiran hab itu akan membuka peluang untuk SME ke pasaran luar, khususnya seperti Jepun, Korea dan China.