LAPORAN KHAS EKONOMI: Kolaborasi bantu syarikat besarkan skala niaga

Penyedia pes gabung dengan firma F&B tubuh restoran sajian fusion

Dengan sumber dan tenaga yang terhad, sebuah syarikat kecil menghadapi cabaran untuk berkembang (scale-up) untuk menjadi lebih besar lebih-lebih lagi dalam sekitaran niaga yang sengit. Namun, apabila syarikat itu berkolaborasi dengan syarikat lain, impian yang sebelum ini satu angan-angan menjadi kenyataan. Dalam laporan khas ini, BERITA HARIAN menampilkan dua syarikat Melayu/Islam, Asyura Pte Ltd dan gerai nasi lemak Selera Rasa di Adam Road yang dapat menjadi lebih besar hasil kerjasama dengan syarikat lain.

SEBUAH syarikat penyedia pes segera milik Melayu/Islam, Asyura Pte Ltd, telah bekerjasama dengan dua syarikat makanan dan minuman (F&B) untuk membentuk sebuah restoran berkonsep sajian fusion