PENYUSUNAN semula ekonomi Singapura memang menyakitkan dan menjejas sebahagian syarikat, namun ia bertujuan memastikan warga Singapura mendapat faedah akhirnya.
Ini dinyatakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam satu dialog anjuran Persatuan Siswazah Politeknik Singapura (SPGG) dan Kelab Usahawan Politeknik Singapura (Spec) di Grand Ballroom SPGG minggu lalu.