BEBERAPA syarikat Singapura, termasuk milik Melayu/Islam, telah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum 'perang' dagangan China dan Amerika Syarikat menjejas perniagaan mereka.
Mereka memberitahu Berita Harian (BH) bahawa amat penting bagi mereka mempelbagaikan sumber bekalan mereka agar tidak bergantung kepada dua ekonomi terbesar itu sahaja.